Friday, May 6, 2011

Artikel: Cara-cara Masuk/Keluar Parking.....

Assalammualaikum.....

Hari ni, ana nak bagi tips sikit bagi kawan2 yang sedang menghadiri latihan memandu atau yang akan ber'ujian' dengan jpj.....

kalau ana,ana dah lepas latihan kereta+moto, dapat lesen kereta+motor....
so,ni nak share la sikit tip2 untuk parking.....

_____________________________________________________________________________________

1) Tiang 1 nampak di hujung tingkap kecil sebelah kiri (bahagian atas sahaja)_BERHENTI
Pusing stereng ke kiri sampai habis ,kemudian masukkan gear R.

2) Undur sampai nampak tiang yang bilangannya adalah 7 sama dengan badan kereta 
(dalam cermin sisi kanan)_BERHENTI, pusing stereng kereta ke kanan 2X

3) Undur sampai tayar belakang kanan (tengok dlm cermin sisi kanan) cecah@sentuh garisan putih putus2_
BERHENTI,Pusing stereng ke kanan sampai habis...

4) Undur lagi sambil tengok tayar depan kanan lepas 1 jengkal dari garisan putih putus2...
BERHENTI, kemudian tukar gear R ke gear 1 dan angkat tangan....

5) Bergerak keluar dari petak sambil tengok cermin sisi kiri bertentangan dengan tiang 1 semula_
BERHENTI....Kemudian pusing stereng ke kiri 3X sahaja , selepas itu keluar perlahan-lahan menuju ke petak 3 penjuru....

__________________________________________________________________________________
tamat sudah entrinya....btw,saya juga ada tip2 nak buat 'Pusingan 3 Penjuru'...
tapi ckg ilmu pandu kata benda ni paling senang kat dunia....haha...
so,kalau ada yg masih ragu2 atau x berapa cekap lagi, boleh tinggalkan comment anda dan request kepada saya untuk menulis tip2 tersebut...

tapi kalau x ada orang nak, saya diam je la.....ok.....selamat tengah hari....

1 comment:

Anonymous said...

saya nak tips 3 penjuru macam mana yee..

template blog